SEJARAH SKKSR

Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat terletak di KM 13 di sebelah kiri Jalan Changkat Larang menghala ke pusat Bandar Batu Gajah.

Penduduk Kampung Changkat Larang Malay Reserve telah berusaha mendirikan sebuah sekolah di kampung ini demi anak-anak mereka yang berulang jauh untuk ke sekolah dan berjaya menyediakan sebuah sekolah bernama Sekolah Melayu Changkat Larangpada 1948. Ketika ditubuhkan, sekolah ini dikendalikan oleh tenaga pengajar terdiri daripada orang tempatan dan anak jati Kampung Seri Rahmat. Kumpulan pertama yang mendapat Pendidikan awal di sekolah ini terdiri dari 60 orang. Kumpulan ini merangkumi murid Tahun Satu hingga Tahun Lima.

Murid-murid di awal pembukaan sekolah

Murid-murid lama

Bangunan asal sekolah ini terletak di kawasan tanah wakaf masjid sekarang. Bangunan sekolah didirikan secara bergotong royong. Struktur bangunan hanyalah sekadar atap rumbia yang berdindingkan bertam. Lantainya pula tidak bersimen. Alatulis yang digunakan pada ketika itu hanyalah papan batu. Bahan bacaan pula dibekalkan oleh oleh Pejabat Pelakaran Perak yang diterima melalui Guru Pelawat Batu Gajah.

Menjelang pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Tanggal 7 Ogos 1949, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Changkat Larang.

Asasnya dikendalikan oleh anak tempatan mengajar secara sukarela. Selepas didaftar barulah ia beroperasi dengan sepenuhnya dan dibuka pada 7 hb Ogos 1949. Kumpulan pertama murid yang belajar adalah terdiri seramai 60 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 5 sahaja. Bangunan asal terletak di kawasan tanah wakaf masjid sekarang. Bangunan sekolah didirikan secara bergotong royong. Bahan yang digunakan adalah atap rembia dan dinding bertam serta lantai bersimen.

Antara tokoh-tokoh tempatan yang menjadi pengasas ialah:-

i. Alahyarham Ngah Nordin b.Lebai Iaat Ketua kampong (1970)

ii. Allahyarham Syed Haron b.Abdullah (1977)

iii. Allahyarham Yeop Ahmad b.Uda Ishak (1970)

iv. Allahyarham Abdul Mulok b.Sutan Idham (1982)

v. Allahyaham Hj Hussin b.Osman PJK (2008)

Tapak sekolah ini adalah tanah wakaf daripada Datuk Amor DiRaja Sulaiman b.Pandak Akad (1934) melalui anak-anaknya keatas tanah Daerah Kinta) pada tahun 1948, Lot no: 27338 – 2 ekar 1 pol 2 rod.

Pada 6 Disember 1956. pihak sekolah menerima ‘welfare’ dari Pejabat Jajahan bagi membina dan menyambung dinding sekolah setinggi 4 kaki. Mulai 28 Ogos 1958, barang-barang mula dibekalkan bagi mendirikan sebuah bangunan baru yang siap disempurnakan pada 16 September 1958. Pada hari Rabu, 18 januari 1959, murid-murid darjah 3,4 dan 5 mula ditempatkan di bangunan baru tersebut.

Pandangan dari belakang

Pada 16.09.1958 bangunan Blok A dua bilik darjah siap dibina. Bagi melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah, Lembaga Pengurus Sekolah telah dibentuk pada 9 Jun 1959. Dari segi pentadbiran kewangan, pihak sekolah telah mengemaskinikannya dengan membuka akaun di United Malayan Banking Corporation (UMBC) pada 27 Januari 1962 dengan memakai nombor akaun 1480. Blok B dibina pada tahun 1965, satu bilik darjah dan bilik pejabat. Blok C terdiri dua bilik darjah siap dibina pada 31.12.1983 dibawah projek kilat gotong royong. Pada 13.10 1989, kantin sekolah dibina bernilai RM 30,000. Dan pada 27.12.1992 bangunan blok D yang terdiri empat bilik darajah siap dibina dengan nilai RM 50,000. Pada waktu itu sekolah mempunyai 9 bilik darjah dan digunakan seperti berikut:-

i. 6 bilik darjah untuk kelas

i. Satu bilik untuk pusat sumber

iii. Satu bilik untuk Kemahiran Hidup

iv. Satu untuk bilik Guru.

Pertukaran nama sekolah mengikut peredaran masa:-

1. Sekolah Melayu Changkat Larang – 07.08.1949

2. Sekolah Umum Changkat larang – 19.05.1957

3. Sek Keb Changkat Larang – 09.05.1959

. Sek Keb Kg Seri Rahmat – 08.05.1985

Pemimpin / Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti:-

1. En.Mohd Yusuf b.Hj Ahmad 07.08.1949 – 30.06.1963

2. En.Mohd Yusuf b.Abdul Rahman 01.07.1963 – 31.10.1964

. En.Mohd Isa b.Abdul Rahman 01.11.1964 – 30.06.1967

4. En.Ismail b.Hussain 01.07.1967 – 31.12.1971

5. En.Mustapha b.Tamat 01.01.1972 – 01.12.1981

. En.Yahya b.Mohd Desa 01.12.1981 – 31.05.1985

7. Tn Hj Hidzer b.Mohd Sidek 01.06.1985 – 26.12.1986

8. Tn Hj Zainuddin b.Abd Majid 26.12.1986 – 01.12.1987

9. Tn Hj Talha b.Hj Mahmud 01.12.1987 – 15.06.1996

10. Tn Hj Basri b.Che Nas 16.06.1996 – 15.11.2001

11. Tn Hj Mohd Arshad b.Yusof 01.07.2002 – 14.02.2004

12. En.Hamzah b.Mat Isa 16.04.2004 – sekarang

_________________
SEJARAH TOK AMOR (PEWAKAF TANAH)

Tok Amor

KELAHIRAN :1860 , Batu Gajah, Perak.

Meninggal dunia pada tahun 1934.

Keluaraga: Beliau telah berumahtangga dengan Puan Andak Jijah binti Toh Domba Sedewa Diraja dan dikurniakan lapan orang anak manakala isteri keduanya, Puan Zaleha binti Itam Zabidin dikurniakan tiga orang anak.

Bapa beliau, Toh Amar Diraja Pandak Akhat, Penghulu Mukim Sungai Terap (1879-1906) dan ibunya, Hajah Alang Sharifah binti Pandak Taha.

Bapa mertuanya, Tok Domba Sedewa Diraja (1800an) adalah pembesar pertama yang membuka kawasan di sekitar Sungai Raia termasuk Sungai Tekkah. Malah beliau adalah pelombong Melayu pertama menemui dan mengusahakan perlombongan bijih timah di Sungai Kinta.

Datuk sebelah bapanya, Toh Amar Diraja Bongkok (lahir 1800an) adalah pembesar pertama yang membuka kawasan perkampungan di Mukim Sungai Terap sekaligus Penghulu terawal kawasan tersebut. Sementara datuk sebelah ibunya, Pandak Taha adalah Penghulu Kampung Batu Gajah, Perak yang pertama.

KERJAYA: Beliau membantu kerja-kerja Penghulu sebelum dilantik sebagai Penghulu Mukim Sungai Terap pada 1906. Semasa berkhidmat sebagai Penghulu, beliau telah dibantu oleh Penolong Penghulu, Encik Abdul Razak bin Muhamad Dzin pada tahun 1909.

KAITAN TOKOH DENGAN BATU GAJAH

Beliau lahir dan dibesarkan di Batu Gajah, Perak. Beliau dilantik sebagai Penghulu Mukim Sungai Terap menggantikan bapa beliau yang meninggal dunia. Malah beliau adalah Penghulu terakhir mukim tersebut sebelum Kerajaan Inggeris mengambil alih pentadbiran Negeri Perak. Makam Toh Amar Diraja Sulaiman ditempatkan bersama makam-makam Toh Amar Diraja yang terdahulu di kawasan kubur lama Kampung Sungai Terap, Batu Gajah.

SUMBANGAN.
Beliau bertanggungjawab dalam bidang sosial, politik, ekonomi dan pembangunan penduduk Mukim Sungai Terap. Ketokohannya menonjol sebaai pakar rujuk dalam aktiviti kemasyarakatan serta adat istiadat Melayu Perak selain menjadi orang tengah semasa pergaduhan di antara penduduk Melayu dan kumpulan pendatang Cina. Beliau juga mengendalikan kutipan cukai dari peniaga-peniaga Cina yang berlabuh di Sayun untuk berniaga sebelum diserahkan kepada D.Y.M.M Sultan Perak ketika itu.

ANUGERAH: Toh Amar Diraja.

Sebatang jalan di Pekan Batu Gajah dinamakan Jalan Sulaiman sebagai dan mengenang sumbangannya.

GAMBAR KENANGAN HARI SUKAN 1984

Upacara PerasmianUcapan GB

Murid-murid yang mengambil bahagian

Ibubapa juga turut serta

Sukaneka untuk ibubapa

Murid menerima hadiah